Aku kembali dengan IMEJ baru...teringat masa zaman2 muda dan zaman sekolah dulu...zaman BATTLE OF THE BAND...zaman kegemilangan LEFTHANDED, SEARCH, WINGS DLL...RAHIM MAAROF @ WHITESTEEL bukak seluar kat konsert kat Penang...ALLAHYARHAM TOK MAT buat siaran langsung potong rambut rockrs MALAYSIA...bayangkan SEORG MENTERI sibuk dengan rambut seorg penyanyi...hee!!!..mcm x ada kerja laain jer...kononnya ini semua budaya barat ganas dan tak bertamadun...bahaya pada generasi akan datang...generasi yang akan mewarisi negara...masa tu rockers2 melaysia marah sebab hak mereka dinafikan...rasanya masa tu TOK MAT adalah menteri yang paling popular...dan akhirnya konsert rock diharamkan di BUMI MALAYSIA....haa! haa! haa! aku adalah diantara ribuan rockers2 MALAYSIA yang kecewa...maklumlah hidup semakin boring tak ada aktiviti katakan...namun itu 20thn yang lalu...tapi tak taulah aku masih lagi pengikut TEGAR aliran muzik tersebut...sampai skrg...
Kini aku dah berumahtangga namun jiwa METAL tu masih ada...harap2 janganlah sampai melepasi umur 40thn...bukan nak membangga diri hanya ingin berkongsi sesuatu pada sesiapa yang tersinggah diBLOG ini...alhamdulilah sekrg nie aku dah mula mengurangkan keTEGARan aku dgn muzik tersebut...dah banyak campur dgn org2 surau dan mula ambil kelas pengajian islam dengan USTAZ2...aku selalu berdoa semoga diusia 40 nanti aku boleh tinggalkan segalanya...aku bukan nak kata yang muzik tu TERUK atau tak bagus tapi walau mcamana sekalipun MUZIK tetap MUZIK tetap MELALAIKAn...

